Saturday, March 21, 2009

KURSUS LDP YANG DILAKSANAKAN DI SK KUALA KRAI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya SK Kuala Krai telah berjaya melaksanakan dua kursus LDP pada bulan Mac 2009.

Kursus LDP yang pertama telah dilaksanakan pada 5 Mac 2009 (rabu) dari jam 2.00-5.00 petang di bilik kuliah SK Kuala Krai.Tajuk kursus tersebut ialah "KURSUS PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR PANITIA MUZIK". Para peserta terdiri daripada 15 orang guru.

Kursus LDP yang kedua pula telah dilaksanakan pada 7 Mac 2009 (sabtu) dari jam 8.00 pagi- 5.00 petang di bilik kuliah SK Kuala Krai. Kursus LDP ini terdiri daripada 2 slot. Slot pertama bertajuk "HEADCOUNT" yang disampaikan oleh Tn Hj Mohd Yunos b. Yusof dan slot kedua pula bertajuk "PERINTAH AM-CUTI & ELAUN" yang disampaikan oleh En Kuzi b. Hamat. Para peserta terdiri daripada 45 orang guru.

1 comment:

  1. PROMOSI MUSLIM TOUR
    “Maghi Pakat Gi Jale”
    Tel: 609-747 9999

    TIANJIN-BEIJING
    6DAYS 5NIGHT
    HARGA DARI RM340

    ReplyDelete